Review: Shampoo Bawang

Anda Mengalami masalah rambut gugur?

Risau botak?

Sapelah tak risau kalau rambut gugur sampai hampir botak. Boleh hilang confident.

Aku nak share the best shampooo so far. Okay stay tuned

Haritu aku mengalami keguguran rambut yang agak dahsyat daripada biasa. Asal selak rambut je berguguran rambut gugur, tu belum sikat lagi tu. Pendek kata, asal sentuh sket kepala mesti ada je rambut kat tangan. Cuak bebbb

Aku dengan pantasnya terus mengambil langkah drastik supaya masalah rambut gugur ni tidak menjadi lebih parah. Perghh ayat dramatik sungguh... aku pun google la syampu syampu yang sesuai untuk atasi rambut gugur, n asal orang recommend syampu ni bagus, aku teruss beli je. Takde pikir panjang dah. Tetapi malangnye, rambut still gak gugur dan ada satu syampu yg aku beli tu buat kulit kepala aku jadi kering. Aduh stress tau. Give up dibuatnya.

One day, ada sorang kawan suggest syampu bawang. Katanya ok, menjadi. Harga pun ok. Aku terus beli laju laju hahaha, dan alhamdulillah memang berkesan. Rambut aku dah tak gugur teruk dah. Sehelai dua tu ada la, normal la kan.

Syampu tu ada beberapa jenis kalau tak silap, tapi yang aku pakai ni Hair Strengthening Shampoo with Chinese Herbal Extracts.
Harga syampu ni cuma RM 19 sahaja. Berbaloi kan. Yang tak bestnye, bau syampu ni berbau herba dan tak sewangi syampu syampu lain lah. Tapi demi rambut, ku gagahi jua. Bau herba je pun... bukan bau tahi. Hahaha upsss

Ryou

1 comment:

Instagram